KUALA LUMPUR, 23 Januari 2024 - Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan, Kor Agama Angkatan Tentera (TKPO KAGAT), Brig Jen Dato’ Ab Jabar bin Mohamad Aris hari ini telah menerima kunjungan hormat Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Tuan Hj Ust Jamali bin Adnan bertempat di pejabat beliau.
Kunjungan hormat ini adalah bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara Jabatan Mufti dengan KAGAT. Di samping itu, pertemuan empat mata juga turut membincangkan beberapa perkara antaranya Tauliah Mengajar Wilayah Persekutuan Bagi Pegawai KAGAT, Permohonan Melaksanakan Solat Jumaat di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Program Bicara Mufti, Irsyad Fatwa (Hukum Hakam) dan lain-lain.Semoga kerjasama erat ini mampu mengorak langkah kearah momentum dakwah yang lebih hebat.