WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 30 Januari 2024 – Allah SWT telah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud, “𝘿𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙢𝙚𝙨𝙮𝙪𝙖𝙧𝙖𝙩𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙪𝙧𝙪𝙨𝙖𝙣 (𝙥𝙚𝙥𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙡-𝙝𝙖𝙡 𝙠𝙚𝙙𝙪𝙣𝙞𝙖𝙖𝙣) 𝙞𝙩𝙪, 𝙠𝙚𝙢𝙪𝙙𝙞𝙖𝙣 𝙖𝙥𝙖𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙪 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙯𝙖𝙢 (𝙥𝙪𝙣𝙮𝙖𝙞 𝙠𝙚𝙩𝙚𝙩𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙖𝙩𝙖𝙨 𝙨𝙚𝙨𝙪𝙖𝙩𝙪), 𝙢𝙖𝙠𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙖𝙬𝙖𝙠𝙖𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝.” Bermusyawarah merupakan satu tuntutan oleh Islam, malahan Nabi Muhammad SAW sendiri bermusyawarah demi mencari sesuatu keputusan yang terbaik. Bersesuaian dengan slogan yang diketengahkan bahawa KAGAT Teras Kerohanian ATM dan menepati maksud ayat Allah SWT di atas, maka hari ini kepimpinan KAGAT telah melaksanakan Mesyuarat Pengurusan dan Pentadbiran KAGAT Siri 1/2024 bertempat di Grand Barakah Hotel, Ampang. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan aspek pentadbiran, pengurusan dan pengoperasian keagamaan dalam perkhidmatan ATM dan ianya dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KP KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai. Mesyuarat ini juga menjadi suatu wadah untuk menyelesaikan isu dan permasalahan yang dihadapi oleh MK Perkhidmatan, Formasi dan Pasukan malah dalam masa yang sama ia menjadi medan wacana penyaluran maklumat terkini daripada pihak Jabatan Arah KAGAT. Semoga mesyuarat ini mencapai objektifnya dan segala keberhasilannya akan dapat memperkasakan perkhidmatan keagamaan semaksima mungkin dan akan menatijahkan buah yang terbaik untuk seluruh warga ATM. Selain dari pihak Pengurusan tertinggi KAGAT, mesyuarat ini turut dihadiri oleh para Pegawai Kanan.

dslr klik