WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 31 Januari 2024 - Bak apa yang diungkap oleh Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA), Mej Jen Datuk Mohd Nizam bin Hj Jaffar semasa lawatan ulungnya ke Jabatan Arah KAGAT tempoh hari, "𝗕𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗗𝗶 𝗦𝗶𝗻𝗶".

Bermula di sini membawa 1000 maksud dan salah satunya berbetulan dengan aktiviti yang dilaksanakan pada malam ini. Juga sebagaimana dalam status terkini muka buku Datuk AKSPA yang menyatakan keiltizaman beliau untuk memulakan gerak kerja serta sambutan Hari Ulang Tahun BPA Ke-62 pada 1 Februari 2024 dengan program keagamaan sebagai usaha menagih rahmat simpati dari Allahu Taala. Untuk maksud itu, malam ini telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bertempat di Masjid Khalid bin Al-Walid KEMENTAH (MKWK). Bersama dalam majlis menyambut ketibaan AKSPA adalah Mej Jen Dato' Hj Mohd Rashidi bin Bujai, Ketua Pengarah KAGAT, Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (TAKSPA), Brig Jen Junairi bin Baharom dan Pengarah-Pengarah BCJ dibawah BPA dan seterusnya menuju ke ruang utama solat MKWK bagi menunaikan solat maghrib secara berjemaah.Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan KAGAT, Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam sebelum memimpin bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, TKPP KAGAT juga telah menyampaikan sedikit peringatan dengan tajuk, "𝗕𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗗𝗶 𝗦𝗶𝗻𝗶". Ia memberi ingatan bahawa kejayaan manusia di dunia mahupun akhirat bermula di sini merujuk kepada hati.Majlis telah diakhiri dengan Solat Isyak secara berjemaah dan jamuan makan di Dewan Salahuddin Al-Ayubi, MKWK.Semoga penganjuran majlis seumpama ini merapatkan lagi tautan ukhwah dan kerjasama antara warga BPA. Juga didoakan agar hal seumpama ini akan menyemarakkan kehidupan beragama khususnya bagi warga BPA dan ATM umumnya.

dslr klik