WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 7 Februari 2024 - Lembaga Kenaikan Pangkat Anggota Lain-Lain Pangkat (LKP LLP) Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Siri 1/2024 telah dilaksanakan bermula 5 hingga 7 Februari 2024 bertempat di KD Sri Gombak (KDSG), Kuala Lumpur. LKP LLP ini menjadi medium terbaik untuk menilai kemampuan Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR) dan Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) yang layak dinaikkan pangkat.

Penilaian dibuat secara fizikal meliputi aspek personaliti diri, penampilan, keyakinan, kredibiliti, kompetensi serta kedayaan berkomunikasi sebagai seorang Da’ie Askari di pasukan.Seramai 71 calon anggota LLP KAGAT dari Pasukan sekitar semenanjung dan Malaysia Timur telah terlibat dengan LKP LLP yang dilaksanakan kali ini.Pelaksanaan LKP LLP ini telah dibahagikan kepada 2 peringkat seperti berikut:
Peringkat 1 - Pemeriksaan Dokumentasi/BMI, Ujian Kemahiran Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Hadis 40 dan Fiqh Semasa Praktikal Ibadah.
Peringkat 2 - Sesi Lembaga Akhir.
Sesi Lembaga Akhir telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan KAGAT, Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam. Pihak sekretariat Kor menzahirkan ucapan tahniah kepada semua yang tercalon untuk LKP ini. Semoga dengan Lembaga ini akan meningkatkan lagi prestasi kerja dalam memacu ke arah kecemerlangan warga Da’ie Askari.

dslr klik