WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

PUTRAJAYA, 7 Februari 2024 - Kata seorang pujangga, "𝗕𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗱𝗶𝗸𝗶𝘁, 𝗻𝗲𝘀𝗰𝗮𝘆𝗮 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗺𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸", maka benarlah bagai dikata apabila Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KP KAGAT), Mej Jen Dato' Hj Mohd Rashidi bin Bujai hari ini telah menerima anugerah demi anugerah sebagai hadiah dan penghargaan serta cindur pengiktirafan dari masyarakat juga negara.

Baru-baru ini KP KAGAT telah dilantik Panel Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Pahang, pada 14 November 2023 yang lalu. Malah dengan rasa kesyukuran dan penuh khudu' secara peribadi dan juga dari seluruh warga KAGAT akan mencambahkan lagi anugerah dan kebaikan yang lebih banyak buat KAGAT yang menunjangi Teras Kerohanian ATM. Atas kedudukan itu maka hari ini KP KAGAT telah turut hadir sebagai tetamu jemputan pada sidang Wacana Kehakiman dan Perundangan Syariah Tahun 2024 yang dilaksanakan di 𝘛𝘩𝘦 𝘌𝘷𝘦𝘳𝘭𝘺 Hotel, Putrajaya. Majlis pada hari ini telah dirasmikan oleh Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), YAA Dato' Hj Mohd Amran bin Mat Zain. Seluruh warga KAGAT mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada YBhg Dato' Ketua Pengarah di atas pengiktirafan ini. Semoga ada manifestasi yang lebih baik khususnya ianya dalam usaha KAGAT memperkasakan enakmen perundangan syariah dalam ATM.

dslr klik