WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2024 – Menyata hasrat menggalas amanat, begitulah yang terzahir melalui sesi Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KP KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai kepada Menteri Pertahanan (MENHAN), YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin di pejabat beliau hari ini.

Di mana sesi Kunjungan Hormat ini adalah bersempena pelantikan YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin sebagai MENHAN yang baharu pada 12 Disember 2023 lalu. Selain dari merapatkan ukhuwah, malah sesi kunjung hormat ini telah memberi ruang kepada KP KAGAT memperjelaskan akan kefungsian KAGAT sebagai Teras Pemangkin Kerohanian ATM serta berpeluang mengutarakan beberapa Sasaran Kerja Tahunan yang utama bagi tahun 2024 yang akan dilaksanakan oleh KAGAT bagi menyemarakkan lagi agenda kerohanian dan keagamaan di kalangan warga ATM. Kunjungan Hormat KP KAGAT ini telah disambut baik oleh YB MENHAN dan beliau turut memberi maklum balas yang cukup positif serta amat memberangsangkan. YB MENHAN turut menyatakan keinginannya untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada KAGAT dalam usaha memperkasakan agenda kerohanian ATM bagi seluruh warga tentera dan juga staf awam yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia. Malah beliau juga berjanji akan turut menumpu dan menjayakan agenda kerohanian di sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai MENHAN. Bersama kita doakan agar amanat yang digalas oleh KAGAT sebagai Pemangkin Kerohanian ATM akan dipermudahkan oleh Allah Taala melalui tautan ukhuwah yang terbina dengan sesi kunjungan hormat ini. Semoga ikatan mahabbah ini akan memberi manfaat kepada warga ATM khususnya dalam usaha ke arah momentum dakwah yang lebih hebat.

dslr klik