WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2024 - Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan kerjasama Kor Kesihatan Diraja (KKD) dan Etika Family Takaful Berhad telah menganjurkan Program Sunathon Perdana ATM Tahun 2024 bagi anak-anak warga Kementerian Pertahanan hari ini bertempat di Masjid Khalid bin Al-Walid, KEMENTAH (MKWK). Majlis telah dirasmi dan disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad. Seramai 200 orang kanak-kanak dan seorang saudara baharu telah menyertai program sunathon ini.
Objektif program ini diadakan adalah untuk menghidupkan dan mempertingkatkan Syiar Islam di kalangan warga KEMENTAH. Selain itu juga, tujuan program ini diadakan bagi meraikan kanak-kanak yang berkhatan agar mereka merasai suasana meriah dan keterujaan sebelum dikhatankan disamping menyediakan khidmat berkhatan untuk anak-anak warga KEMENTAH. Acara dimulakan dengan kanak-kanak yang menyertai program ini diarak dari perkarangan KD SRI GOMBAK ke MKWK sambil diiringi oleh paluan kompang dan selawat.
Kanak-kanak ini seterusnya disiram beramai-ramai oleh Pasukan Bomba daripada Stesen Bomba Kem Batu Kentonmen dan dibantu oleh Balai Bomba Datuk Keramat.Seramai 50 orang kanak-kanak dikhatankan pada hari ini di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan manakala yang selebihnya akan dikhatankan pada hari Sabtu ini di hospital yang sama mengikut giliran dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Selain itu juga, turut diadakan penyampaian cendehati kepada peserta khatan yang terlibat dan diakhiri dengan acara bergambar. Bersama dalam majlis ini, Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KP KAGAT), Mej Jen Dato' Hj Mohd Rashidi bin Bujai, Ketua Unit Pusat Kecemerlangan Syariah Etika Family Takaful Berhad, Encik Mohamad Noor Sahidi bin Johari dan Pegawai-pegawai Kanan ATM. Program sebegini mampu melahirkan modal insan warganya disamping aspek kebajikan dikalangan keluarga dan anak-anak kementerian pertahanan jua tidak dilupakan. Semoga program ini dapat diteruskan diseluruh peringkat formasi dan pasukan.

dslr klik