WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

Kuala Lumpur, 23 Februari 2024 – “Mencetuskan percikan api ukhuwah, memarakkan obor mahabbah, membarakan letusan dakwah”, itulah setinta kalam yang boleh digambarkan apabila Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KP KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai melaksanakan Kunjungan Hormat kepada Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil bertempat di pejabat beliau hari ini.

Kunjungan hormat yang berlangsung dengan penuh kemesraan ini telah melebarkan jaringan hubungan strategik dua hala dengan pihak luar ATM menjadi sebahagian dari induk dan teras kepimpinan YBhg KP KAGAT. Ianya akan membina jambatan kolaborasi seterusnya dalam menjayakan hasrat untuk membawa nama KAGAT khususnya dan ATM amnya supaya lebih dikenali dan dirasai oleh seluruh warganegara Malaysia. Hasrat KP KAGAT agar pihak IKIM dapat membantu mewar-warkan segala aktiviti dan program kerahonaian dan keagamaan ATM disambut baik oleh pihak Ketua Pengarah IKIM. Lanjutan dari Kunjungan Hormat ini akan direalisasikan melalui jaringan Sel Media dan Pusat Media IKIM serta sel-sel lain di Jabatan Arah KAGAT. Hadir bersama dalam Kunjungan Hormat dan perbincangan ini adalah Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan (TKPO) KAGAT, Brig Jen Dato' Ab Jabar bin Md Aris, Ketua Sel Media, Lt Kol Mohd Reduan bin Hussin dan Ketua Sel Kemajuan Ahwal Syakhsiah, Lt Kol Zuhairy bin Hj Ahmad. Bersama hadir bagi pihak IKIM adalah Tn Hj Ahmad Fuad bin Mat Ali, Pengarah Pusat Media, IKIM. Semoga dengan keberhasilan dari pertemuan mahabbah ini akan terus melestarikan KAGAT sebagai Teras Kerohanian ATM bahkan mampu menjadikan KAGAT “Berdiri Sama Tinggi, Duduk Sama Rendah” dengan mana-mana organisasi dakwah yang lain di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

dslr klik