WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 27 Februari 2024 – Dengan simpulan kata, "𝘼𝙣𝙮𝙗𝙤𝙙𝙮 𝙘𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙘𝙤𝙢𝙚 𝙖𝙣𝙜𝙧𝙮-𝙩𝙝𝙖𝙩 𝙞𝙨 𝙚𝙖𝙨𝙮, 𝙗𝙪𝙩 𝙩𝙤 𝙗𝙚 𝙖𝙣𝙜𝙧𝙮 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙩𝙝𝙚 𝙧𝙞𝙜𝙝𝙩 𝙥𝙚𝙧𝙨𝙤𝙣, 𝙖𝙣𝙙 𝙩𝙤 𝙩𝙝𝙚 𝙧𝙞𝙜𝙝𝙩 𝙙𝙚𝙜𝙧𝙚𝙚, 𝙖𝙣𝙙 𝙖𝙩 𝙩𝙝𝙚 𝙧𝙞𝙜𝙝𝙩 𝙩𝙞𝙢𝙚, 𝙖𝙣𝙙 𝙛𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙚 𝙧𝙞𝙜𝙝𝙩 𝙥𝙪𝙧𝙥𝙤𝙨𝙚, 𝙖𝙣𝙙 𝙞𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙧𝙞𝙜𝙝𝙩 𝙬𝙖𝙮-𝙩𝙝𝙖𝙩 𝙞𝙨 𝙣𝙤𝙩 𝙬𝙞𝙩𝙝𝙞𝙣 𝙚𝙫𝙚𝙧𝙮𝙗𝙤𝙙𝙮'𝙨 𝙥𝙤𝙬𝙚𝙧 𝙖𝙣𝙙 𝙞𝙨 𝙣𝙤𝙩 𝙚𝙖𝙨𝙮" dari tokoh falsafah dunia Aristotle, menjadi buah penutup kepada sesi percambahan minda ilmu yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KP KAGAT), Mej Jen Dato' Hj Mohd Rashidi bin Bujai dalam program Hari Pengajian Pegawai, Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) Siri 2/2024 pada malam ini bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan.

Jab KAGAT menjadi tuan rumah bagi penganjuran Hari Pengajian Pegawai BPA kali ini. Ketua Pengarah KAGAT telah mengetengahkan suatu tajuk yang cukup penting dalam berorganisasi iaitu "𝗔𝗻𝗴𝗲𝗿 𝙈𝙖𝙣𝙖𝙜𝙖𝙢𝙚𝙣𝙩". Sesi perkongsian ilmu pada malam ini memberi gambaran bagaimana kita untuk mengawal tekanan khususnya ketika marah. Turut bersama dalam hari pengajian pada malam ini, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA), Mej Jen Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, Pengarah-Pengarah Cawangan dan Jabatanarah serta Pegawai-Pegawai Kanan. Majlis pada malam itu telah diakhiri dengan sesi kuiz dan cabutan undian bagi pemilihan penganjur siri akan datang. YBhg AKSPA, turut merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah atas kelangsungan Hari Pengajian Pegawai kali ini dan berharap agar ianya menjadi suatu budaya baharu dan dapat diteruskan pada masa akan datang.

dslr klik