WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 29 Februari 2024 - Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) menerusi Sel Media buat julung kalinya telah mengadakan Eksesais e-KAGAT Tahun 2024 bertempat di Dewan Mu'tah Masjid Khalid bin Al-Walid KEMENTAH (MKWK) pada hari ini.

Seramai 30 orang peserta terlibat dalam Eksesais e-KAGAT terdiri dari Wakil Sel Jabatan Arah KAGAT, Markas-markas Perkhidmatan, Formasi dan Pasukan yang terpilih dalam eksesais yang diadakan ini. Eksesais yang diadakan ini adalah bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan anggota KAGAT dalam menyempurnakan pelaporan di dalam sistem sedia ada KAGAT. Eksesais e-KAGAT pada kali ini diakhiri dengan Sesi Pembentangan dan Majlis Penutup yang disempurnakan oleh Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Pembangunan (TKPP) KAGAT. Dalam ucapan penutupnya, TKPP telah menekankan bahawa Dato' Ketua Pengarah amat menitik berat berkenaan pelaporan melalui sistem e-KAGAT yang telah dibangunkan ini. Ini kerana data dan maklumat yang sentiasa dikemas kini dan dalam keadaan siap siaga sebilang masa apabila ianya diperlukan. TKPP juga menyampaikan pesanan supaya warga KAGAT disetiap peringkat mengambil cakna perkara ini kerana secara tidak langsung ia sedang menjulang nama KAGAT sebagai sebuah organisasi yang terbaik sama ada di peringkat ATM mahupun di luar sana. Turut bersama-sama dalam pelaksanaan eksesais pada hari ini adalah PW II Khairul Azmi bin Sabri, Penyelia Portal Pusat Teknologi Maklumat Tentera Darat (PUSTEKMA) yang bertindak sebagai pemerhati kepada eksesais yang dilaksanakan hari ini. Semoga dengan adanya Eksesais ini dapatlah menguji keupayaan sebenar anggota-anggota dalam pelaporan yang dilaksanakan. Besarlah harapan kepimpinan tertinggi KAGAT agar setiap Markas Perkhidmatan, Divisyen dan Formasi cakna dan peka dalam melaksanakan pelaporan dalam sistem e-KAGAT.

dslr klik