WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 8 Mac 2024 - Seramai 61 Pegawai, 88 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan 8 Staf Awam terlibat dalam Perbarisan Ketua Pengarah KAGAT Tahun 2024 yang diketuai oleh Lt Kol Nasaruddin bin Abd Wahab.

Perbarisan KP KAGAT pada pagi ini telah dilaksanakan bertempat di perkarangan Masjid Khalid bin Al-Walid KEMENTAH (MKWK). Ketibaan Ketua Pengarah KAGAT disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan (TKPP) KAGAT, Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan (TKPO) KAGAT, Brig Jen Dato' Ab Jabar bin Mohamad Aris sebelum menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan. Dalam ucapan di perbarisan tersebut, Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato' Hj Mohd Rashidi bin Bujai telah mengingatkan kepada seluruh warga KAGAT untuk terus komited dan bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan disamping menjaga imej Kor agar ianya sejajar dengan hasratnya untuk meletakkan KAGAT dalam suatu dimensi baru sebagai sebuah entiti dakwah yang disegani. Malah warga KAGAT diingatkan agar sentiasa mengibaratkan diri sendiri seperti sebuah cermin yang mempunyai falsafah dan ibrah tersendiri buat umat seluruhnya. Katanya lagi, warga KAGAT seharusnya tidak mencalar diri sehingga mempamerkan wajah hodoh yang retak 1000 kepada warga ATM. Malah KP KAGAT menegaskan bahawa dia tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang mencalar cermin keperibadian sendiri, nama baik KAGAT dan juga Islam yang terkendong di sebalik jersi KAGAT yang disarungkan. Majlis diakhiri dengan acara bergambar dan jamuan yang disediakan.

dslr klik