WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 8 Mac 2024 - Berbetulan dengan Hari Wanita Sedunia dan Ramadan Kareem yang bakal tiba, Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), YBhg Datin Rahmah binti Ghazali hari ini sudi meluangkan masa menziarahi dan menyantuni ahli BAKAT KAGAT. Aktiviti santun ziarah ini bertujuan untuk melawat dan bertanya khabar ahli BAKAT KAGAT dan anak ahli BAKAT KAGAT yang ditimpa sedikit musibah dan ujian dari Allah SWT.

Dalam masa yang sama, aktiviti ziarah sebegini mampu memintal rapi ikatan ukhuwah dan mahabbah di antara tunjang kepimpinan dengan ahli BAKAT KAGAT, bahkan hal seperti ini menjadi tonggak utama dalam misi kepimpinan Pengerusi BAKAT KAGAT. Pengerusi BAKAT KAGAT turut menyampaikan cenderahati berupa hamper kepada ahli BAKAT KAGAT yang terlibat iaitu Puan Haliza binti Ali dan AJK Kebajikan BAKAT KAGAT, Puan Fauziah binti Ibrahim telah menyampaikan cenderahati kepada Puan Norhayati binti Ibrahim. Turut bersama-sama dalam lawatan ini adalah Puan Rosmuni binti Saudin dan Puan Siti Norli binti Seman serta HELWA KAGAT. Semoga dengan ziarah yang dilaksanakan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli BAKAT KAGAT yang sentiasa setia berinspirasi dengan tugasan suami sebagai warga KAGAT.

dslr klik