WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


KUALA LUMPUR, 13 Mac 2024 – Di awal permulaan Ramadan bagi tahun 1445H/2024M, Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KP KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai mengambil kesempatan mengadakan perjumpaan bersama warga staf Jabatan Arah KAGAT bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Arah KAGAT.

Terlebih dahulu, majlis dimulai dengan bacaan yasin dan doa selamat yang dipimpin sendiri oleh KP KAGAT. Seusai bacaan yasin dan doa selamat KP KAGAT telah menyampaikan amanat sempena Ramadan dengan mengingatkan warganya agar terus istiqamah dalam melaksanakan ibadah disepanjang Ramadan khususnya ibadah tarawih yang tiada pada bulan-bulan yang lain. Disamping itu, tidak lupa mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Kareem kepada seluruh staf dan ahli keluarga. KP KAGAT juga berbesar hati menyampaikan sedikit cenderahati berupa kurma dan sumbangan Tabung Musaadah kepada yang terlibat. Diakhir majlis pada hari ini, diadakan kejutan kepada KP KAGAT sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran beliau. Seluruh warganya mengambil kesempatan mendoakan agar YBhg Dato’ KP KAGAT terus diberi riayah dan perlindungan Allah SWT dalam menyempurnakan tugas yang diamanahkan serta diberi kekuatan dalam meletakkan KAGAT suatu dimensi baru sebagai sebuah entiti dakwah yang disegani.

dslr klik