WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗚𝗚𝗢𝗧𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟰𝗠
Kuala Lumpur 19 Mac 2024 - Warga Dirai, Rezeki Dikongsi & Ramadan Diberkati maka bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak Tahun 1445H/2024H, Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama seluruh warganya.

Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah bertindak sebagai pelaksana kepada majlis ini dan ianya diadakan di Dewan Salahudin Al-Ayubi Masjid Khalid bin Al-Walid KEMENTAH (MKWK). Terlebih dahulu, ketibaan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA), Mej Jen Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar telah disambut oleh Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (TAKSPA), Brig Jen Hamdan bin Ahmad TUDM dan Pengarah-Pengarah BCJ yang lain. Majlis dimulai dengan Tazkirah Ringkas yang disampaikan oleh Lt Kol Hj Mohd Nizam bin Dato’ Hj Termizi Al-Hafiz, Imam Besar MKWK. Majlis diteruskan dengan berbuka puasa bersama warga BPA, seterusnya Solat Maghrib, Isyak, Tarawih dan Moreh. Semoga majlis yang diadakan secara beserderhana tapi penuh bermakna ini dapat mengutuhkan lagi hubungan silaturrahmi di antara warga BPA serta mengambil peluang di bulan Ramadan Al-Mubarak dengan sedikit pengisian kerohanian.

dslr klik