WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2024 - Apabila majlis khatam di sana sini, maka ia membawa makna Ramadan sedang mengundur diri dan ia akan berlaku tidak lama lagi. Menjadi suatu kelaziman bagi warga Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) KAGAT dan Hal Ehwal Wanita (HELWA) KAGAT untuk turut sama menyantuni Ramadan dengan menganjurkan program Tadarus al-Quran di bulan penurunan al-Quran ini.

Program Tadarus al-Quran peringkat BAKAT dan HELWA KAGAT disudahi dengan Majlis Khatam Al-Quran BAKAT KAGAT 1445H/2024M. YBhg Datin Rahmah binti Ghazali hari ini telah meluangkan masa bersama-sama barisan AJK, ahli BAKAT KAGAT dan HELWA KAGAT bagi menyempurnakan majlis tersebut bertempat di Dewan Hikmah, Masjid Khalid bin al-Walid (MKWK) KEMENTAH. Dalam ucapan di majlis itu, YBhg Datin Pengerusi telah menyeru kepada semua yang hadir agar sentiasa menjadikan al-Quran sebagai teman dan melazimi membacanya di sepanjang kehidupan. Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah diucapkan kepada para peserta tadarus yang telah berjaya mengkhatamkan bacaan al-Quran pada tahun ini bertepatan dengan amalan sunnah Rasullullah SAW. Rasulullah SAW bersabda: “𝘉𝘢𝘤𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘭-𝘘𝘶𝘳𝘢𝘯, 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘪𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳𝘪 𝘴𝘺𝘢𝘧𝘢’𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘢𝘳𝘢 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘢𝘤𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘪𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪.” (Hadis Riwayat Imam Muslim). Pengerusi BAKAT KAGAT juga turut menyampaikan cenderahati berupa beg dan kuih raya kepada ahli BAKAT KAGAT yang hadir. Bersama-sama dalam majlis ini adalah Timbalan Pengerusi 1 BAKAT KAGAT, Puan (Dr) Faizah binti Kamaruddin dan Timbalan Pengerusi 2 BAKAT KAGAT, Datin Rafidah binti Mokhtar. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar. Semoga majlis yang diadakan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahmi di kalangan ahli BAKAT KAGAT selain dari menjadikan al-Quran sebagai pemangkin kerohanian yang berpanjangan.

dslr klik