𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗧𝗔𝗠 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 & 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗚𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟰𝗠
KUALA LUMPUR, 2 April 2024 – Ramadan semakin di hujung senja, Syawal sedang menyelak tirainya. Bersyukurlah buat sekalian yang menghargai kehadiran Ramadan kali ini, semoga ada bersisa kemuliaannya buat kita semua. Ketibaan Syawal tidak mengharuskan kita meninggalkan proses tarbiyyah di madrasah Ramadan.
Berbaki seminggu dari sekarang untuk meraikan fajar Syawal, maka hari ini telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sumbangan Hari Raya Jabatan Arah KAGAT Tahun 1445H/2024M. Majlis dimulai dengan sesi Khatam Al-Quran bagi menyempurnakan bacaan setelah hampir sebulan bertadarus bersama disepanjang Ramadan. Seusai Khatam al-Quran, Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KP KAGAT), Mej Jen Dato' Hj Mohd Rashidi bin Bujai telah mengambil kesempatan menyampaikan amanat sebelum warga jabatan memulakan cuti hari raya. Di dalam ucapanya, telah mengingatkan kepada warganya akan berhati-hati pulang berhari raya dan bagi yang bertugas teruskan melaksanakan tugas dengan sebaiknya. Di samping itu, tidak lupa utk menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat dirinya dan mewakili isteri selaku Pengerusi BAKAT KAGAT. Majlis diakhiri dengan acara penyerahan Beg Pegawai Bertugas sebagai simbolik penugasan dan pengorbanan tetap diteruskan walaupun dalam suasana hari raya. Turut diadakan penyampaikan sumbangan Musa'adah dan kuih raya kepada staf di Jabatan Arah KAGAT dan Pelajar Latihan Industri.