KUALA LUMPUR, 4 April 2024 – Ramadan, bulan padanya diturunkan al-Quran dan telah menjadi sunnah serta ikutan buat umat Nabi Muhammad SAW untuk memperbanyakkan ibadah dengan membaca al-Quran di sepanjang Ramadan.
Berbetulan dengan itu, Masjid Khalid bin Al-Walid KEMENTAH (MKWK) telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran yang melibatkan ketiga-tiga Markas Perkhidmatan Darat, Laut dan Udara serta ahli qariah setempat. Sebagai pengakhiran program tersebut, maka pada hari ini telah dilaksanakan Majlis Khatam Al-Quran MKWK Tahun 2024M/1445H yang telah dipimpin oleh Brig Jen Hj Muhammad Hamzah bin Adam, Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan (TKPP) KAGAT. Bagi menghargai mereka yang telah meluangkan masa bertadarus dan khatam al-Quran, sedikit cenderahati telah diberikan kepada para peserta. Majlis telah disempurnakan oleh Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam bagi mewakili Ketua Pengarah KAGAT yang tidak dapat hadir bagi peserta lelaki manakala Datin Rahmah binti Ghazali menyampaikan cenderahati kepada peserta wanita. Affin Islamic Bank juga turut bersama menyumbangkan berupa pek juadah berbuka puasa kepada para peserta pada hari ini. Terima kasih diucapkan. Semoga majlis seumpama ini dapat diteruskan dan dibudayakan pembacaan dan penghayatan al-Quran di kalangan warga ATM. Allah SWT telah merakamkan dalam al-Quran yang bermaksud:
“𝘈𝘭-𝘘𝘶𝘳𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘱𝘢𝘯𝘥𝘶𝘢𝘯-𝘱𝘢𝘯𝘥𝘶𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘶𝘬𝘢 𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘩𝘢𝘵𝘪 𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘩𝘪𝘥𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘵𝘶𝘯𝘫𝘶𝘬 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘸𝘢 𝘳𝘢𝘩𝘮𝘢𝘵 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘬𝘢𝘶𝘮 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘺𝘢𝘬𝘪𝘯𝘪 (𝘬𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢).” (Surah al-Jathiyah: 20).