WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 10 April 2024 – Ramadan telah melabuhkan tirainya, Syawal pun tiba dengan perasaan hiba dan gembira. 1 Syawal merupakan hari kemenangan buat umat Islam setelah sebulan kita beribadah dan bermujahadah disepanjang Ramadan.

Laungan takbir mula bergema sejak waktu maghrib semalam hinggalah lafaz takbiratul Ihram Solat Sunat Aidilfitri menjadi manifestasi sebuah kemenangan buat umat Islam ke atas hawa nafsu dan syahwat yang selalunya merajai kehidupan seharian pada bulan-bulan yang lain. Maka benarlah firman Allah SWT:

  وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya: “𝘋𝘢𝘯 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘴𝘶𝘱𝘢𝘺𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘤𝘶𝘬𝘶𝘱𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘶𝘢𝘴𝘢 (𝘴𝘦𝘣𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘙𝘢𝘮𝘢𝘥𝘢𝘯), 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘶𝘱𝘢𝘺𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘵𝘶𝘯𝘫𝘶𝘬𝘕𝘺𝘢, 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘶𝘱𝘢𝘺𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘺𝘶𝘬𝘶𝘳.” (Surah 𝘢𝘭-𝘉𝘢𝘲𝘢𝘳𝘢𝘩:185)

Antara tetamu yang hadir menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri hari ini di Masjid Khalid bin Al-Walid Kementah (MKWK) adalah Mantan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM (Bersara) dan isteri Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hajah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Hj. Ahmad Shah, Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KP KAGAT) merangkap Pengerusi MKWK, Mejar Jeneral Dato' Hj Mohd Rashidi bin Bujai, Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (TAKSPA), Brigedier Jeneral Hamdan bin Ahmad TUDM dan Pegawai-Pegawai Kanan yang lain. Solat sunat Hari Raya Aidilfitri telah diimamkan oleh Lt Kol Mohd Nizam bin Dato' Hj Termizi Al-Hafiz, Imam Besar MKWK, manakala khatib khutbah Aidilfitri telah disampaikan oleh Ketua Pengarah KAGAT. Mengupas bicara khatib di mimbar khutbah Aidilfitri antara lain khatib berpesan untuk mengambil kesempatan usia yang semakin pendek untuk terus mengukuhkan hubungan persaudaraan dan kekeluargaan khususnya dengan ayahbonda dan sesama saudara. Jangan disia-siakan peluang yang ada untuk saling bermaafan dan menambah kasih sayang yang ada sehingga ke hujung usia. Selain dari itu, khatib juga berpesan agar mengambil iktibar dari kualiti puasa yang telah dilalui untuk mencipta sebuah kemenangan yang hakiki sama ada untuk diri mahupun buat ummat Islam seluruhnya. Khutbah Aidilfitri hari ini bertajuk "Kita Pasti Akan Menang". Seusai menunaikan solat dan khutbah, Pengerusi MKWK mengambil peluang beramah mesra dan bersalaman dengan para jemaah serta menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang turut sama memeriahkan suasana di pagi 1 Syawal ini. Marilah sama-sama berdoa agar dengan maghfirahNYa kita mendapat keampunan Allah SWT dan dengan rahmatNya jua memohon agar dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadan yang akan datang.

dslr klik