WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

Berita 1: 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗚𝗔𝗧 𝗞𝗘 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗧𝗘 𝗢𝗙 𝗥𝗘𝗟𝗜𝗚𝗜𝗢𝗨𝗦 𝗔𝗙𝗙𝗔𝗜𝗥𝗦, 𝗧𝗛𝗘 𝗦𝗔𝗨𝗗𝗜 𝗔𝗥𝗠𝗘𝗗 𝗙𝗢𝗥𝗖𝗘𝗦

RIYADH, 22 April 2024 - Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato' Haji Mohd Rashidi bin Bujai telah melakukan Lawatan Kerja ke 𝘐𝘯𝘴𝘵𝘪𝘵𝘶𝘵𝘦 𝘰𝘧 𝘙𝘦𝘭𝘪𝘨𝘪𝘰𝘶𝘴 𝘈𝘧𝘧𝘢𝘪𝘳𝘴, 𝘛𝘩𝘦 𝘚𝘢𝘶𝘥𝘪 𝘈𝘳𝘮𝘦𝘥 𝘍𝘰𝘳𝘤𝘦𝘴. Ketibaan beliau telah disambut oleh Komandan Institut, Brig Jen Ahmad bin Abd Wahab Al-Qahtani dan staf institut. Pertemuan dimulakan dengan bertukar-tukar pandangan dan idea di antara kedua-dua pemimpin ini. Setelah itu, pihak delegasi telah dibawa melawat ke kelas pengajian, pusat bahasa, perpustakaan, kemudahan prasarana dan infrastruktur sekitar institut. Sebelum mengakhiri lawatan, KP KAGAT dan delegasi telah diberikan sesi taklimat dan perbincangan dua hala di Bilik Mesyuarat Institut Hal Ehwal Agama, Angkatan Tentera Saudi. Di akhir sesi taklimat dan perbincangan telah diadakan sesi pertukaran cenderahati kenangan di antara kedua-dua belah pihak. Turut hadir sama dalam Lawatan Kerja tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah Dasar & Pengurusan KAGAT, Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam, Penasihat Pertahanan Malaysia di Riyadh, Kol Din Izuan bin Mahar Afandi dan Ketua Sel Kemajuan Ahwal Syakhsiah, Lt Kol Zuhairy bin Hj Ahmad Kusaini.

dslr klik

Berita 2: 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗚𝗔𝗧 𝗞𝗘 𝗛𝗘𝗔𝗗𝗤𝗨𝗔𝗥𝗧𝗘𝗥𝗦 𝗢𝗙 𝗧𝗛𝗘 𝗥𝗘𝗟𝗜𝗚𝗜𝗢𝗨𝗦 𝗗𝗘𝗣𝗔𝗥𝗧𝗠𝗘𝗡𝗧 𝗢𝗙 𝗧𝗛𝗘 𝗦𝗔𝗨𝗗𝗜 𝗔𝗥𝗠𝗘𝗗 𝗙𝗢𝗥𝗖𝗘𝗦

RIYADH, 22 April 2024 - 𝘏𝘦𝘢𝘥𝘲𝘶𝘢𝘳𝘵𝘦𝘳𝘴 𝘰𝘧 𝘛𝘩𝘦 𝘙𝘦𝘭𝘪𝘨𝘪𝘰𝘶𝘴 𝘋𝘦𝘱𝘢𝘳𝘵𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘖𝘧 𝘛𝘩𝘦 𝘚𝘢𝘶𝘥𝘪 𝘈𝘳𝘮𝘦𝘥 𝘍𝘰𝘳𝘤𝘦𝘴 hari ini telah berbesar hati menerima Lawatan Kerja Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato' Haji Mohd Rashidi bin Bujai. Lawatan Kerja ini merupakan lawatan timbal balas dari Lawatan Kerja Mej Jen Musfer Hassan Al-Qahtani, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Agama Angkatan Tentera Saudi ke Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) mulai 29 September hingga 4 Oktober 2023 yang lalu. Ketibaan Ketua Pengarah KAGAT telah disambut oleh Mej Jen Musfer Hassan Al-Qahtani dan para Pegawai Kanan dari Jabatan Agama Angkatan Tentera Saudi. Pihak delegasi telah dibawa ke pejabat Mej Jen Musfer Hassan Al-Qahtani untuk sesi Kunjungan Hormat sebelum diberikan sesi taklimat dan juga perbincangan dua hala di Bilik Gerakan Jabatan Agama Angkatan Tentera Saudi. Sesi taklimat dan perbincangan dua hala telah berjalan dengan lancar serta menatijahkan suatu impak yang positif bagi mengekalkan kerjasama strategik yang baik dengan Angkatan Tentera Saudi yang telah terjalin lama. Lawatan kerja ini dilihat sebagai satu peluang dan ruang untuk menjalinkan kerjasama bilateral antara KAGAT dengan Jabatan Agama Angkatan Tentera Saudi dan membuka peluang menerokai bidang perkongsian baharu. Diharapkan dengan Lawatan Kerja ini akan menjadi titik perintis untuk membuka jaringan kerjasama dan kolaborasi yang akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak khususnya kepada KAGAT dan ATM pada masa hadapan. Di akhir sesi taklimat dan perbincangan telah diadakan sesi pertukaran cenderahati kenangan di antara kedua-dua belah pihak. Turut hadir sama dalam Lawatan Kerja tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah Dasar & Pengurusan KAGAT, Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam, Penasihat Pertahanan Malaysia di Riyadh, Kol Din Izuan bin Mahar Afandi dan Ketua Sel Kemajuan Ahwal Syakhsiah, Lt Kol Zuhairy bin Hj Ahmad Kusaini.
 
dslr klik