WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗘𝗦𝗬𝗨𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗜𝗞𝗢𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗨𝗠𝗡𝗜 𝗨𝗣𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗚𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗦𝗧𝗔𝗙 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗚𝗔𝗧

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2024 – Bagi meraikan sesebuah anugerah Ilahi atas pengiktirafan sesama insani maka hari ini telah diadakan satu majlis kesyukuran bertempat di Dewan Salahudin Al-Ayubi Masjid Khalid bin Al-Walid KEMENTAH (MKWK).

Ianya bersempena meraikan Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai di atas Penganugerahan Ikon Pengurusan Alumni UPSI pada 27 April yang lalu dan juga bagi meraikan kenaikan pangkat Pegawai Kanan dan Staf Jabatan Arah KAGAT baru-baru ini. Ketua Pengarah KAGAT dalam ucapannya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas penganugerahan yang diterimanya, namun menjelaskan bahawa penganugerahan itu adalah milik bersama warga KAGAT yang sentiasa menyokong dan mendukung kepimpinannya selaku Ketua Pengarah. Bahkan pengiktirafan ini diharap supaya dirinya terus bersemangat untuk membina dan memacu kecemerlangan serta meletakkan KAGAT ke suatu dimensi baharu dalam organisasi ATM. Disamping itu juga, Ketua Pengarah KAGAT mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang dinaikkan pangkat serta mengingatkan bahawa kenaikan pangkat ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dengan sebaik mungkin. Semoga majlis keraian sebegini akan terus diadakan bagi tujuan menyemarakkan semangat ukhuwah Dai’e Askari dalam memeperkasakan KAGAT ke arah demensi baharu.

dslr klik