BAYAN LEPAS, 30 Mei 24 – Telah diadakan satu Majlis Jamuan Mahabbah Warga KAGAT Zon Pulau Pinang bersama Ketua Pengarah KAGAT bertempat di Surau Al-Mumtazin, Kem Tun Razak pada hari ini.
Pelaksanaan majlis ini adalah bersempena dengan lawatan kerja Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato’ Haji Mohd Rashidi bin Bujai ke Surau Al-Mumtazin untuk meninjau keadaan surau tersebut bagi tujuan Permohonan Projek Pembinaan Ruang Mihrab Baharu disamping untuk berjumpa dengan warga KAGAT Zon Pulau Pinang. Majlis diakhiri dengan acara bergambar dan penyampaian cenderahati oleh PS 1 Agama MK 2 Div, Lt Kol Jamal Nasir bin Ahmad kepada Ketua Pengarah KAGAT.