WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUANTAN, 6 Jun 2024 - Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KP KAGAT), Mej Jen Dato' Haji Mohd Rashidi bin Bujai telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Panglima Angkatan Bersama (PAB), Lt Jen Dato’ Noor Mohd Akmar bin Mohd Dom TUDM di Markas Angkatan Bersama (MK AB), Kem Al-Sultan Abdullah, Kuantan.

Antara tujuan Kunjungan Hormat diadakan untuk menzahirkan ucapan terima kasih KAGAT kepada PAB diatas pengurusan jenazah anggota wanita KAGAT yang telah meninggal dunia ketika melaksanakan Misi UNIFIL MALBATT 850-11 di Lubnan. Disamping itu, turut dibincangkan berkenaan ruang dan aspek untuk disalurkan bantuan kewangan zakat ATM kepada sasaran bawah naungan MK AB serta Program Dakwah Kawasan Operasi (PRODAKSI) di bawah KTJ MK AB kawasan negeri Sabah yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Turut serta dalam perbincangan adalah Asisten Ketua Staf J3 MK AB, Mej Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT, Brig Jen Dato' Ab Jabar bin Mohamad Aris, Ketua Dakwah Jab KAGAT, Lt Kol Dr Azlisham bin Abdul Aziz dan Lt Kol (K) Mohd Safwan bin Saidin yang merupakan Ketua Unit Pendidikan Bahagian Agihan Zakat MAIWP. Ketua Pengarah KAGAT turut menerima tabik hormat dari Kawalan Suku dan kemudiannya Kunjungan Hormat diakhiri dengan acara menandatangani buku pelawat dan bergambar di Galeri Tok Gajah.

dslr klik