WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2024 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman hari ini hadir menyempurnakan Majlis Pelepasan Bakal Jemaah Haji ATM yang berlangsung di perkarangan Masjid Khalid bin Al-Walid, Kementah.

Seramai 243 orang jemaah haji bersama seorang pengurus operasi, 6 mutawwif dan 3 pegawai perubatan menjadikan jumlah seramai 253 dhuyufurrahman daripada ATM yang akan berangkat mengikut waktu penerbangan yang sama pada 0215 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Mereka akan dibawa oleh tiga agensi yang berbeza yang dilantik oleh ATM iaitu Barakah UMHAJ Travel & Tours Sdn Bhd, TRI-D Travel & Tours Sdn Bhd dan MIMM Travel & Tours Sdn Bhd. Terdahulu, PAT telah menyampaikan amanat ringkas kepada Jemaah Haji di Dewan Salahudin Al Ayubi dan menyampaikan Travel Kit untuk jemaah Haji dan Medical Cover Kit kepada Pegawai Perubatan yang akan bertugas sepanjang perjalanan ibadah Haji tersebut. Sebelum berangkatnya jemaah haji ke lapangan terbang, laungan azan telah dikumandangkan oleh Bilal bertugas dari Masjid Khalid Al Walid. Turut hadir adalah, Panglima Tentera Darat , Jeneral Tan Sri Dato’ Hafizuddeain Bin Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Bin Hj Ayob; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Bin Goriman Khan TUDM; Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Bin Hj Ahmad; Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Leftenan Jeneral Dato’ (Dr) Zulkeffeli Bin Mat Jusoh; Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Mejar Jeneral Haji Mohd Rashidi Bin Bujai; Pegawai-pegawai kanan ATM dan waris jemaah. Seluruh warga ATM mendoakan agar bakal-bakal jemaah haji ATM dipermudahkan segala urusan disepanjang menunaikan ibadah haji serta memperoleh haji yang mabrur hendak-Nya.

dslr klik