WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 17 Jun 24 - Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud “𝘛𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘮𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘭𝘢𝘬𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘢𝘯𝘢𝘬 A𝘥𝘢𝘮 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘢𝘭-𝘕𝘢𝘩𝘳 (𝘙𝘢𝘺𝘢 𝘈𝘪𝘥𝘪𝘭𝘢𝘥𝘩𝘢) 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘥𝘪𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢𝘪 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘮𝘱𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘢𝘩 (𝘣𝘪𝘯𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘰𝘳𝘣𝘢𝘯). 𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘪𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘒𝘪𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘯𝘥𝘶𝘬, 𝘣𝘶𝘭𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘶𝘬𝘶𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘳𝘦𝘥𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘚𝘞𝘛 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘪𝘢 𝘫𝘢𝘵𝘶𝘩 𝘬𝘦 𝘣𝘶𝘮𝘪. 𝘔𝘢𝘬𝘢, 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘪𝘩𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘫𝘪𝘸𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 (𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘰𝘳𝘣𝘢𝘯).”

(Hadis Riwayat Imam al-Tirmizi). Atas kemuliaan sabda Rasulullah SAW itu maka hari ni warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Pengurusan Masjid Khalid bin Al-Walid, KEMENTAH (MKWK) telah mengadakan Program Ibadah Korban & Akikah bertempat di perkarangan MKWK. Program dimulai dengan Solat Sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Imam Besar MKWK, Lt Kol Hj Mohd Nizam bin Dato’ Haji Termizi Al-Hafiz dan diikuti dengan khutbah Hari Raya Aidiladha yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KP KAGAT), Mej Jen Dato’ Haji Mohd Rashidi bin Bujai yang bertajuk "𝗕𝗲𝗿𝗸𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗮𝗷𝗮, 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂𝗽𝘂𝗻 𝗻𝘆𝗮𝘄𝗮". Sedikit kelainan dalam khutbah Aidiladha kali ini, apabila Khatib mengajak para hadirin untuk memahami pengertian korban dengan mengungkap kembali lirik lagu yang pernah didendangkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, "𝘉𝘦𝘳𝘬𝘰𝘳𝘣𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢 𝘴𝘢𝘫𝘢, 𝘩𝘢𝘳𝘵𝘢 𝘢𝘵𝘢𝘶𝘱𝘶𝘯 𝘯𝘺𝘢𝘸𝘢, 𝘪𝘵𝘶𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘮𝘦𝘴𝘳𝘢, 𝘴𝘦𝘫𝘢𝘵𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘶𝘭𝘪𝘢, 𝘬𝘦𝘱𝘦𝘯𝘵𝘪𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘥𝘪𝘪𝘯𝘨𝘪𝘯𝘪, 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢 𝘬𝘦𝘬𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘴𝘢𝘫𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱𝘪, 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘣𝘶𝘬𝘵𝘪, 𝘬𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘫𝘢𝘵𝘪, 𝘪𝘵𝘶𝘭𝘢𝘩 𝘵𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯𝘺𝘢, 𝘫𝘪𝘬𝘢 𝘮𝘢𝘩𝘶 𝘥𝘪𝘶𝘫𝘪...". Senikata itu sesuai untuk dihayati kerana ia selari dengan kisah pengorbanan 3 insan mulia iaitu Nabi Ibrahim AS, Nabi Ismail AS dan bonda Siti Hajar. Seusai khutbah hari raya, acara Ibadah Korban & Akikah ini kemudiannya telah dirasmikan dengan simbolik penyerahan pisau sembelihan daripada Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, yang mewakili Panglima Angkatan Tentera kepada Mej Jen Dato’ Haji Mohd Rashidi bin Bujai selaku Pengerusi MKWK. Sembelihan pertama telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan KAGAT, Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam sebagai tanda rasmi bermulanya Ibadah Korban & Akikah MKWK 2024M/1445H. Program pada tahun ini melibatkan penyembelihan sebanyak 29 ekor lembu dan 10 ekor kambing yang dilaksanakan secara bergotong-royong oleh seramai 200 orang anggota ATM yang melibatkan perkhidmatan Darat, Laut, dan Udara serta ahli kariah MKWK. Majlis diakhiri dengan acara pengagihan daging korban & akikah kepada para peserta yang mengambil bahagian, warga ATM yang hadir, serta ahli kariah.
Program ini telah berjaya mencapai objektifnya bagi menjulang dan memperkasakan syiar Islam di dalam ATM dan masyarakat sebagaimana syiar yang dilaksanakan oleh Nabi Allah Ibrahim AS, selain memupuk sikap kepedulian dan keprihatinan sesama umat Islam serta mampu mengikis sifat tamak dan kepentingan sendiri selain dapat mewujudkan sifat pemurah untuk membelanjakan harta ke jalan Allah Taala.Turut bersama-sama dalam program ini, Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM (Bersara), Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy bin Ithnain dan Pegawai-pegawai Kanan ATM yang lain.Semoga program yang dilaksanakan ini mencapai tujuan dan matlamat yang digariskan dan didoakan agar setiap pengorbanan yang dilakukan di muka bumi ini akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

dslr klik