WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗠𝗢𝗗𝗨𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗞𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗢𝗛𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗡𝗨 𝗕𝗔𝗧𝗧𝗨𝗧𝗔 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗚𝗔𝗧
KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2024 – Pengarah Agama Markas Tentera Laut, Kol Ahmad Kamil bin Hj Abdullah hari ini telah menyerahkan Buku Modul Pengukuhan Kerohanian Ibnu Battuta (MPKIB) kepada Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KP KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai bertempat di pejabat beliau.

Cawangan Agama Markas Tentera Laut telah berjaya menyiap dan menerbitkan Buku MPKIB versi Pelayaran. Ianya merupakan edisi khas bertujuan memberi pedoman kepada warga 𝘛𝘩𝘦 𝘕𝘢𝘷𝘺 𝘗𝘦𝘰𝘱𝘭𝘦 dalam pelayaran dan rujukan kepada petugas KAGAT di kapal. Modul Kerohanian ini adalah sebagai garis panduan pelaksanaan aktiviti dan input kerohanian kepada warga kapal TLDM melibatkan 3 fasa utama pelayaran iaitu Sebelum Pelayaran, Semasa Pelayaran dan Sesudah Pelayaran. Buku setebal 344 halaman muka surat ini juga telah mengenengahkan skala Pendidikan Islam berterusan dalam mod pelayaran buat warga 𝘛𝘩𝘦 𝘕𝘢𝘷𝘺 𝘗𝘦𝘰𝘱𝘭𝘦 dalam aspek kecerdasan rohani bagi melahirkan tentera muslim TLDM yang mampu menguasai dan mengamalkan ilmu Islam secara konsisten dalam pelayaran. Penghasilan modul ini mengambil inspirasi daripada ketokohan " 𝘛𝘩𝘦 𝘗𝘳𝘪𝘯𝘤𝘦 𝘰𝘧 𝘔𝘶𝘴𝘭𝘪𝘮 𝘛𝘳𝘢𝘷𝘦𝘭𝘭𝘦𝘳𝘴 " Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim Atza -Tanji atau dikenali sebagai Ibnu Battuta iaitu seorang tokoh pelayaran Islam pada abad ke-14. Semoga dengan keberhasilan buku ini memberi kemudahan dan panduan kepada mereka khususnya kepada warga ATM yang berkhidmat dibawah perkhidmatan TLDM dan KAGAT di bawah naungan TLDM.

ibn battuta01   ibn battuta02