KUALA LUMPUR, 25 September 2024 - Majlis istimewa yang penuh bermakna telah dilaksanakan pada hari ini bagi meraikan seramai 23 orang bakal pesara Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang terdiri daripada 3 Pegawai dan 20 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bertempat di Restoran Al-Azraf, Masjid Khalid bin Al-Walid KEMENTAH (MKWK).
Majlis telah diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato' Hj Mohd Rashidi bin Bujai, Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan KAGAT, Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam, Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT, Kol Zulkifli bin Hj Mustafa, Ketua Pembangunan Sumber Manusia, Lt Kol Abdul Jabar bin Yusof, Sarjan Mejar Rejimen Kor, PW I Hj Mohd Fikri bin Haji Ramli serta Pegawai dan Anggota yang diraikan. Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan daripada wakil bakal pesara iaitu Mej Mohd Hasrul bin Hashim dan ucapan balas oleh Ketua Pengarah KAGAT bagi menyampaikan amanat dan ucapan penghargaan kepada semua bakal pesara. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kenangan kepada bakal pesara sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah menabur bakti demi kecemerlangan kor. Majlis diakhiri dengan jamuan serta acara bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Sekali lagi warga KAGAT mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya kepada semua Da'ie Askari yang diraikan. Semoga segala penat lelah, sumbangan dan jasa dihitung oleh Allah SWT sebagai bebuah pahala yang boleh ditebus hasilnya di akhirat kelak.