KUALA LUMPUR, 26 September 2024 – Dimensi baru Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) terus menintakan sejarahnya yang tersendiri apabila kedinginan hari ini menyambut rakan kolaborasi baharu dari Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diketuai oleh Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya, Tuan Syed Mohd Termizi bin Syed Musa, Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme SPRM.
Ketibaan delegasi Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme, SPRM telah disambut oleh Pegawai Kanan KAGAT dan seterusnya bertandang tamu di Pejabat Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai. Seusai pertemuan itu, Ketua Penolong Kanan telah menandatangani buku lawatan sebagai tanda berlangsungnya sebuah kunjungan hormat yang sungguh diraikan ini. Seterusnya delegasi dibawa ke Bilik Mesyuarat, Jabatan Arah KAGAT bagi sesi Tayangan Video Korporat, Taklimat dan sesi perkongsian maklumat serta penyampaian cenderahati sebagai simbolik rakan strategik yang baharu dan tanda kenang-kenangan. Majlis diakhiri dengan acara bergambar dan jamuan makan bertempat di Wisma Perwira, Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Turut sama dalam majlis ini, Brig Jen Dato’ Ab Jabar bin Mohamad Aris, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT; Kol Dr Khairul Fauzi bin Hj Azmi, Pengarah Dasar dan Pengurusan KAGAT; Tuan Ramli bin Hassan, Ketua Unit Integriti, Kementerian Pertahanan; Penolong Kanan Pesuruhjaya Haiyu Syahida binti Zakaria, Timbalan Pengarah Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme SPRM; Ustaz Mohammad Azli bin Ab Rahman, Ketua Cawangan Pengukuhan Integriti (Pegawai Hal Ehwal Islam), Pegawai-Pegawai Kanan KAGAT dan delegasi SPRM yang lain. Semoga lawatan dan kunjung hormat ini memberi manfaat kepada kedua-dua jabatan serta jalinan hubungan ini dapat diteruskan dimasa akan datang dalam memastikan kecemerlangan menguruskan organisasi jabatan.