KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2024 – Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah menerima lawatan dari Chaplain Australia yang diketuai oleh Chaplain Imam Mogamat Majidih Essa. Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti bagi Program 𝘓𝘢𝘵𝘪𝘩𝘢𝘯 𝘐𝘯𝘥𝘰-𝘗𝘢𝘴𝘪𝘧𝘪𝘤 𝘌𝘯𝘥𝘦𝘢𝘷𝘰𝘶𝘳 (IPE) di Malaysia Tahun 2024 yang dilaksanakan oleh Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (BOLP) dengan kerjasama 𝘈𝘶𝘴𝘵𝘳𝘢𝘭𝘪𝘢 𝘋𝘦𝘧𝘦𝘯𝘤𝘦 𝘍𝘰𝘳𝘤𝘦 (ADF). Ketibaan delegasi tersebut telah disambut oleh pegawai-Pegawai Kanan KAGAT dan dibawa ke Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan KAGAT, Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam bagi sesi Kunjungan Hormat seterusnya menandatangani buku lawatan.
Seusai itu, delegasi dibawa ke Bilik Mesyuarat Jabatan Arah KAGAT bagi sesi taklimat dan perbincangan dua hala berkenaan peranan dan penugasan KAGAT dan Chaplain dalam perkhidmatan masing-masing, serta sedikit dalam sesi itu turut disarati perbincangan serta perkongsian maklumat di antara kedua belah pihak. Deligasi juga telah diraikan dengan jamuan makan tengah hari bertempat di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan disusuli dengan acara bergambar. Lawatan diakhiri dengan penyampaian momento oleh Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato Hj Mohd Rashidi bin Bujai kepada deligasi sebagai tanda kenang-kenangan. Diharapkan dengan lawatan ini akan menjadi perintis hubungan yang lebih akrab di masa hadapan bagi kebaikan bersama antara 2 buah negara dan institusi, KAGAT-ATM dan Chaplain Australia.