KUALA LUMPUR, 7 Oktober 2024 - Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KP KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai telah sudi meluangkan masa dan menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Staf Jabatan Arah KAGAT bertempat di Pejabat Ketua Pengarah KAGAT.
Majlis pemakaian pangkat pada hari ini telah berlangsung melibatkan dua anggota Jabatan Arah KAGAT iaitu Kpl Ahmad Zahidz bin Mohd Sakri dan Kpl Khairul Asyraf bin Mat Zulkipli yang telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Sarjan. Hadir sama dalam majlis ini, Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam, Timbalan Ketua Pengarah Dasar & Pengurusan KAGAT, Kol Dr Khairul Fauzi bin Azmi, Pengarah Dasar dan Pengurusan KAGAT, Kol Zulkifli bin Hj Mustafa, Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT, Ketua-Ketua Sel dan PW I Hj Mohd Fikri bin Hj Ramli, Sarjan Mejar Rejimen Kor. Majlis diakhiri dengan acara bergambar dan jamuan makan. Semoga majlis yang diadakan ini diberkati oleh Allah SWT dan didoakan buat mereka yang dinaikkan pangkat mampu menggalas amanah yang dipikul dengan penuh bertanggungjawab serta dedikasi dalam melaksanakan tugas.