WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗔𝗙𝗔𝗞𝗔𝗧 (𝗣𝗜𝗞𝗔𝗧) 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜, 𝗝𝗜𝗪𝗔 𝗠𝗨𝗥𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗦𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰
ALOR GAJAH, 25 Oktober 2024 - Program Ilmu dan Muafakat (PIKAT) merupakan program yang dirangka oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sebagai inisiatif menyokong Plan Strategik MINDEF 2021 - 2025 Teras 1 : Kebajikan. KAGAT juga berperanan untuk menyumbang dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat menerusi pendekatan tentera bersama rakyat melalui projek jiwa murni.

Program ini dilaksanakan selama 2 hari bermula 24 hingga 25 Oktober 2024. PIKAT ini bertujuan bagi memperluaskan jalinan mahabbah dan silaturrahim antara warga KAGAT khasnya dan ATM amnya dengan masyarakat setempat. Program ini juga bertujuan bagi memperluaskan peranan ATM kepada masyarakat awam melalui pendidikan keagamaan dan khidmat masyarakat. Program yang dilaksanakan ini merangkumi Kursus Pengurusan Jenazah (Lelaki dan Wanita), Kursus Celik Faraid, Kuliah Maghrib Perdana, Program Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI) 561 untuk Pelajar Sekolah Menengah, Khutbah Jumaat, Ziarah Cakna MADANI dan Forum Perdana Ehwal Islam. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari. Beliau juga turut serta dalam beberapa program dan menyantuni masyarakat setempat di sekitar Alor Gajah dengan menyampaikan sumbangan kepada Masjid, Surau, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Program Ziarah Cakna MADANI di Asahan. Turut sama dalam program ini, Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai, Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT, Kol Zulkifli bin Hj Mustafa, Ketua Dakwah KAGAT, Lt Kol Dr Azlisham bin Abdul Aziz, Pegawai-pegawai Kanan dan Tim PIKAT. Semoga program ini dapat memberi impak yang komprehensif dalam menyuntik kesedaran kehidupan beragama di samping kepentingan memupuk masyarakat akan kepentingan menjaga kedaulatan negara serta hubungan Rakyat dan Tentera yang sentiasa berpisah tiada.

dslr klik