WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗚𝗔𝗧 𝗗𝗜 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗨𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗗𝗔𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚
Seluruh warga Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) mengambil kesempatan mengucapkan sekalung tahniah kepada Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai di atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang selaku Ketua Agama Negeri Pahang. Sesungguhnya pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan kepada Ketua Pengarah KAGAT hasil daripada kesungguhan dan kecemerlangan dalam memperkasakan dakwah kepada masyarakat amnya dan warga ATM khasnya. Disamping itu, kejayaan kolaborasi bersama pelbagai agensi dan program yang berimpak tinggi ini telah menaikkan lagi imej kor. Sekali lagi, seluruh warga KAGAT mengucapkan sekalung tahniah kepada Ketua Pengarah KAGAT. Semoga segala usaha dan pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk meneruskan kecemerlangan demi memperkasakan agenda dakwah seiring dengan dimensi baru KAGAT dan Angkatan Masa Hadapan.