WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 11 November 2024 – Demi menerajui dimensi baru Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), maka hari ini Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai telah bertandang sebagai tetamu dalam Kunjungan Hormat kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Zulkifli bin Hasan. Kunjungan hormat tersebut telah berlangsung di Tingkat 9, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Kunjungan hormat ini adalah kesinambungan kolaborasi yang sedia terjalin sebelum ini dan pertemuan ini adalah bertujuan mengukuhkan lagi kesepaduan gerak kerja dakwah sama ada untuk kepentingan masyarakat awam dan termasuk juga untuk tujuan pengislahan warga muslih ATM. Dalam masa yang sama pertemuan ini, juga sebagai suatu inspirasi sokongan kuat dari pihak Jabatan Perdana menteri (Hal Ehwal Agama) serta ucapan tahniah dengan segala program yang telah dilaksanakan sebelum dari ini dengan agensi-agensi yang berada di bawah pihak Menteri Agama khususnya. Selain itu, di dalam Kunjungan Hormat ini juga turut diadakan perbincangan bagi merencana suatu program usahasama pihak Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan pihak KAGAT-ATM untuk melaksanakan program yang lebih berimpak tinggi kepada masyarakat amnya dan ATM khususnya. Pihak Ketua Pengarah KAGAT menyambut baik hasrat Timbalan Menteri di atas inisiatif dan dokongan yang baik ini dan akan cuba direalisasikan sebaik mungkin pada tahun berikutnya demi kepentingan dan keperkasaan dakwah dan ianya menepati citra Angkatan Masa Hadapan untuk menjalinkan kerjasama erat dengan masyarakat awam dalam mempertahankan kedaulatan negara iaitu 𝘞𝘩𝘰𝘭𝘦 𝘰𝘧 𝘎𝘰𝘷𝘦𝘳𝘯𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘢𝘯𝘥 𝘞𝘩𝘰𝘭𝘦 𝘰𝘧 𝘚𝘰𝘤𝘪𝘦𝘵𝘺 (WOGOS). Turut bersama dalam Kunjungan Hormat ini, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan (TKPO) KAGAT, Brig Jen Dato’ Ab Jabar bin Mohamad Aris; Ketua Media Jabatan Arah KAGAT, Lt Kol Mohd Reduan bin Hussin; Pengarah Kanan, Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Encik Ahmad Saparudin bin Yusup dan Timbalan Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Mohd Zaidi bin Ismail. Semoga hubungan baik antara dua jabatan ini terus utuh bersama dalam memastikan masyarakat terus subur dengan penghayatan Islam dan menjadi contoh terbaik kepada negara-negara Islam.

dslr klik