𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗥𝗚𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗦𝗔𝗦 (𝗨𝗞𝗔) 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 (𝗞𝗔𝗚𝗔𝗧)
KUALA LUMPUR, 14 November 2024 - Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), telah melaksanakan Ujian Kecergasan Asas (UKA) hari ini bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur yang turut bersama dihadiri Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai.
Ujian ini merupakan aktiviti rutin tahunan yang dilaksanakan secara berperingkat sebanyak dua kali dalam tempoh setahun. Pelaksanaan UKA ini melibatkan beberapa ujian kecergasan iaitu larian 2.4 kilometer, tekan tubi dan bangkit tubi. Objektif perlaksanaan UKA adalah untuk menguji, menilai dan meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta mental semua peringkat pegawai dan anggota agar sentiasa berada di tahap tertinggi sebilang masa sebagaimana yang ditetapkan oleh perkhidmatan. Di samping itu, ianya turut dapat memperkasakan kesihatan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) di kalangan warga melalui ujian yang dilaksanakan. Malah dengan kondisi badan yang sihat, akan dapat menyempurnakan tugas dan kerja harian dengan sebaik mungkin serta sebagai menguji tahap kesiapsiagaan anggota tentera yang terlatih. Turut hadir sama adalah Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan (TKPP) KAGAT, Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam; Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan (TKPO) KAGAT, Brig Jen Dato’ AB Jabar bin Mohamad Aris dan Pegawai-Pegawai Kanan KAGAT yang lain.