KUALA LUMPUR, 21 November 2024 – Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KP KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai, hari ini telah melaksanakan Kunjungan Hormat kepada Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain bertempat di pejabat beliau. Kunjungan Hormat ini adalah merupakan pertemuan rasmi sejak pelantikan Laksamana Datuk Zulhelmy sebagai PTL ke-19 pada bulan September lalu.
Selain itu, ia menjadi medan perkongsian idea dan percambahan fikiran dalam memperkasakan gerak kerja dakwah dan islah kepada seluruh warga TLDM khususnya. Di akhir sesi pertemuan, KP KAGAT sekali lagi mengambil kesempatan mewakili seluruh warga KAGAT menzahirkan ucapan tahniah kepada PTL di atas kenaikan pangkat dan pelantikan sebagai PTL yang baharu serta mendoakan agar terus cemerlang mentadbir warga TLDM.