Ketua Staf Tentera Darat (KSTD), Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan telah mempengerusikan Lembaga Temuduga Tapisan Kenaikan Pangkat Sebenar Leftenan Kolonel Siri 2/2024 bertempat di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur pada hari ini.
Pelaksanaan Lembaga Temuduga Kenaikan Pangkat Sebenar Leftenan Kolonel ini melibatkan seramai 30 calon yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Kanan berpangkat Leftenan Kolonel dari pelbagai kor dan rejimen dalam Tentera Darat. Lembaga Temuduga ini diadakan bertujuan untuk melihat sendiri penampilan pegawai bagi menentukan mereka benar-benar layak untuk disokong kenaikan pangkat Leftenan Kolonel sebenar. Proses ini penting dalam usaha untuk mengekalkan imej Pegawai Kanan Tentera Darat yang kredibel, profesional, responsif, dan dinamik sesuai dengan profil Tentera Darat. Penilaian dalam temuduga ini memberi tumpuan kepada keupayaan kepimpinan, kemahiran taktikal, dan prestasi keseluruhan pegawai, yang semuanya memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan serta kecemerlangan Tentera Darat. KS TD juga mengingatkan semua calon agar sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap profesionalisme dan komited di dalam perkhidmatan serta mengalas tanggungjawab yang telah diberikan dengan jujur dan ikhlas.