𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐊𝐔𝐓𝐈𝐏𝐀𝐍 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓 (𝐏𝐊𝐙) 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐀𝐓𝐌 (𝐓𝐙 𝐀𝐓𝐌)
Kuantan, 14 Februari 2025 - Istilah Wakalah adalah merupakan suatu dasar pengembalian wang zakat oleh mana-mana institusi pungutan zakat kepada entiti yang membayar zakat dalam negara kita. Rentetan itu, hari ini berlangsung suatu sesi perbincangan rasmi berkaitan pembahagian wakalah Negeri Pahang telah diadakan di Ibu Pejabat PKZ Pahang bersama TZ ATM.
Pertemuan ini melibatkan dua pihak berkepentingan dalam usaha memastikan agihan zakat lebih efektif kepada golongan asnaf khususnya dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dalam sesi perbincangan ini, pihak TZ ATM telah membentangkan taklimat mengenai pelaksanaan peruntukan wakalah yang telah diterima. Keutamaan dalam pembahagian wakalah ini adalah kepada golongan asnaf dalam kalangan anggota ATM yang berada di dalam Negeri Pahang. Perbincangan ini juga membuka ruang untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai hala tuju TZ ATM pada masa hadapan. Pelbagai cadangan telah dibincangkan, termasuk pelaksanaan program kesedaran zakat khusus untuk warga ATM di Negeri Pahang. Sehubungan dengan itu, hasil lawatan kerja tersebut disifatkan berjaya memperkukuhkan hubungan kedua-dua agensi dan membuka peluang menerokai bidang perkongsian baharu. PKZ Pahang yang diwakili oleh Tuan Haji Mohd Azmi Bin Haji Othman, Pengurus Besar PKZ Pahang, Encik Zafridan Bin Mohd Daud, Ketua Bahagian Korporat & Pemasaran PKZ Pahang, dan Mohd Akmal Afif Bin Mohd Nasir, Pegawai Unit Wakalah PKZ Pahang. Manakala dari pihak TZ ATM pula diwakili oleh Brig Jen Dato’ Ab Jabar bin Mohamad Aris, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Lt Kol Zuhairy bin Hj Ahmad Kusaini, Ketua Kemajuan Ahwal Syakhsiah (KAS) dan Mej Muhammad Khairil bin Mazlan, Ketua Unit Undang-Undang Syariah KAGAT.