WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

𝐋𝐊𝐏 𝐋𝐋𝐏 𝐊𝐀𝐆𝐀𝐓 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐏𝐋𝐀𝐓𝐅𝐎𝐑𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀’𝐈𝐄 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑𝐈
Alor Setar, 21 Februari 2025 – Lembaga Kenaikan Pangkat Anggota Lain-Lain Pangkat (LKP LLP) Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Siri 1/2025 telah berlangsung dari 17 hingga 21 Februari 2025 di Kolej Tentera Udara, Alor Setar. LKP LLP ini berfungsi sebagai platform penilaian terbaik bagi mengenal pasti kemampuan serta kelayakan Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR) dan Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) untuk dinaikkan pangkat.

Penilaian dibuat secara menyeluruh, merangkumi aspek fizikal, personaliti, penampilan, keyakinan, kredibiliti, kompetensi, serta kebolehan berkomunikasi sebagai seorang Da’ie Askari dalam pasukan. Seramai 71 anggota LLP KAGAT dari pelbagai pasukan di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur telah terlibat dalam LKP LLP kali ini.
Pelaksanaan LKP LLP dibahagikan kepada dua peringkat utama:
Peringkat 1 – Pemeriksaan dokumentasi/BMI, ujian kecergasan asas, ujian kemahiran Al-Quran, hafazan Al-Quran, Hadis 40, dan Fiqh Semasa (Praktikal Ibadah).
Peringkat 2 – Sesi Lembaga Akhir, yang dipengerusikan oleh Pengarah Agama Markas Tentera Udara (MTU), Kol Salahudin bin Shafeie.
Pihak sekretariat KAGAT mengucapkan tahniah kepada semua calon yang terpilih untuk penilaian ini. Semoga LKP LLP menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi kerja dan menyemarakkan lagi kecemerlangan warga Da’ie Askari dalam perkhidmatan.

dslr klik