WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

PAHANG, 25 Februari 2025 - Terpandang atas ketokohan, tertunjang asas keperibadian, terbina pada pengalaman maka teranugerah sebuah taklifan yang bukan suatu tasyrifan semata.

Hari ini, seluruh kepimpinan KAGAT berserta seluruh warganya menitip rasa syukur pada Ilahi Rabbul Izzati apabila Ketua Pengarah KAGAT, Mejar Jeneral Dato' Hj Mohd Rashidi bin Bujai dengan secara rasminya dilantik sebagai salah seorang Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Pahang. Bagi menyempurnakan tujuan itu, maka telah diadakan Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan bagi Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Ketua Pendakwa Syarie, Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah, serta Pendaftar-Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Pahang yang telah disempurnakan oleh Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. Majlis penuh istiadat ini berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdul Aziz, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang Darul Makmur dengan penuh adat istiadat. Didoakan agar dengan pelantikan ini akan memberi suatu impak maksima kepada KAGAT khususnya sebagai sebuah entiti yang mengendong bekalan dakwah dalam ATM malah dalam masa yang sama turut meningkat serta memperkukuhkan institusi kehakiman syariah negeri Pahang.

dslr klik