WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 28 Mei 2021 - Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengarah KAGAT di antara Mej Jen Dato’ Hj Nawawi bin Daud dan Mej Jen Hj Muhamad Azmi bin Wahab telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat, Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA). Majlis serah terima tugas tersebut telah disaksikan oleh Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Mej Jen Dato’ Hj Muhammad Anwar bin Abdullah. Majlis tersebut juga turut disaksikan oleh Ketua Pengarah dan Pengarah BCJ di bawah pemerintahan BPA.

Majlis dimulakan acara bergambar, kemudian diikuti dengan acara menandatangani nota serah terima tugas Ketua Pengarah KAGAT dan seterusnya acara Street Lining serta diakhiri dengan bacaan doa bagi memberi penghormatan terakhir kepada Mej Jen Dato’ Hj Nawawi bin Daud, Mantan Ketua Pengarah KAGAT Ke-7 yang akan bersara daripada perkhidmatan. Majlis telah dilaksanakan dengan penglibatan yang minima berdasarkan kepada Prosuder Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).