WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

SUNGAI BESI, 28 Mei 2021 - Majlis Pemakaian Pangkat Kol Hj Mohd Rashidi bin Bujai telah dilaksanakan di Wisma Perwira Tentera Darat yang disempurnakan oleh Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Darat. Kol Hj Mohd Rashidi bin Bujai telah dinaikkan ke pangkat Brig Jen berkuatkuasa 22 Jun 21 dan menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah KAGAT. Dalam majlis tersebut, PTD mengucapkan syabas dan tahniah kepada Brig Jen Hj Mohd Rashidi bin Bujai dan semua pegawai yang dinaikkan pangkat dalam majlis tersebut atas anugerah kenaikan pangkat.

Menurut beliau, kenaikan pangkat adalah suatu pengiktirafan diatas kualiti kerja dalam perkhidmatan. PTD menyeru kepada semua Pegawai Kanan untuk memberikan komitmen dalam melaksanakan tugas secara jujur dan amanah. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Hj Muhamad Azmi bin Wahab dan Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat yang lain.