WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 20 - Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengarah KAGAT telah diadakan di Bilik Mesyuarat BPA di antara Mej Jen Dato’ Hj Kamarudin bin Hj Mamat dan Mej Jen Dato’ Hj Nawawi bin Daud dengan disaksikan Lt Jen Dato’ Hj Azlan bin Abdul Rahman, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Ketua Pengarah dan Pengarah BCJ di bawah pemerintahan BPA.

Majlis dimulakan dengan menandatangani dokumen serah terima tugas Ketua Pengarah KAGAT, acara bergambar dan diakhiri dengan Street Lining bagi memberi penghormatan terakhir kepada Mej Jen Dato’ Hj Kamarudin bin Hj Mamat, Mantan Ketua Pengarah KAGAT yang akan bersara daripada perkhidmatan.Majlis telah dilaksanakan dengan penglibatan yang minima dengan mematuhi SOP PKPP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.