WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

PUTRAJAYA, 3 Jan 2025 – Membina Jambatan Ukhuwwah, Memperkasa Kolaborasi Dakwah, begitulah hasrat dan aspirasi kunjungan hormat Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej Jen Dato' Hj Mohd Rashidi bin Bujai, kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kolonel (K) Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail bertempat di pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM pada hari ini.

KUALA LUMPUR, 3 Januari 2025 - Subuh hari Jumaat pertama tahun 2025, warga Bahagian Perkhidmatan Anggota bersama saf kepimpinannya khususnya Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA), Lt Jen Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar telah melangkah kaki masing-masing menuju ke Masjid ATM, Masjid Khalid bin Al-Walid (MKWK), KEMENTAH untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah dalam memenuhi Program Semarak Subuh Perdana Bahagian Perkhidmatan Anggota.