𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗠𝗢𝗗𝗨𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗞𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗢𝗛𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗡𝗨 𝗕𝗔𝗧𝗧𝗨𝗧𝗔 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗚𝗔𝗧
KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2024 – Pengarah Agama Markas Tentera Laut, Kol Ahmad Kamil bin Hj Abdullah hari ini telah menyerahkan Buku Modul Pengukuhan Kerohanian Ibnu Battuta (MPKIB) kepada Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KP KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai bertempat di pejabat beliau.
Baca selanjutnya: Penyerahan Buku Modul Pengukuhan Kerohanian Ibnu Battuta
GENTING HIGHLANDS, 21 Julai 24 - Seramai 84 orang pelajar tahfiz STAY ATM, 14 orang Staf serta 70 orang dikalangan ibubapa terlibat dalam Majlis Perasmian Penutup Kem Jatidiri STAY ATM 2024.
Baca selanjutnya: Majlis Perasmian Penutup Kem Jatidiri STAY ATM 2024
KUALA LUMPUR, 13 Julai 2024 - Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA), Mej Jen Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar telah berbesar hati meluangkan masa meraikan kepulangan jemaah Rombongan Haji ATM 1445H, pada hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Baca selanjutnya: Kepulangan Jemaah Rombongan Haji ATM 1445H
KUALA LUMPUR, 19 Julai 2024 - Seramai 37 Pegawai, 81 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan 8 Staf Awam terlibat dalam Perbarisan Ketua Pengarah KAGAT Tahun 2024 yang diketuai oleh Lt Kol Syamsul Arianas bin Daud. Perbarisan KP KAGAT pada pagi ini telah dilaksanakan bertempat di perkarangan Masjid Khalid bin Al-Walid KEMENTAH (MKWK). Ketibaan Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato' Hj Mohd Rashidi bin Bujai disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan (TKPP) KAGAT, Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan (TKPO) KAGAT, Brig Jen Dato' Ab Jabar bin Mohamad Aris sebelum menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan. Perbarisan ini juga merupakan kali kedua diadakan pada tahun ini yang sebelumnya diadakan pada bulan Mac yang lalu dan ianya merupakan simbolik kepada “𝘊𝘰𝘮𝘮𝘢𝘯𝘥 𝘍𝘶𝘯𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯” sebagai Ketua Pengarah KAGAT. Ketua Pengarah KAGAT menerusi ucapannya menitipkan 5 pesanan penting untuk warganya agar dihayati di dalam memastikan KAGAT terus berjaya melakar kegemilangan dalam dimensi baru ini. 5 Pesanan berikut adalah:
𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮: 𝗝𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗲𝘂𝗺𝗽𝗮𝗺𝗮 𝗚𝗮𝗴𝗮𝗸 𝗣𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗲 𝗕𝗲𝗻𝘂𝗮.
𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮: 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗚𝘂𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗟𝗶𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻.
𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮: 𝗝𝗮𝗴𝗮 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝗵𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗦𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗞𝗮𝗰𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗵𝗲𝗺𝗽𝗮𝘀 𝗞𝗲 𝗕𝗮𝘁𝘂.
𝗞𝗲𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁: 𝗝𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗲𝘂𝗺𝗽𝗮𝗺𝗮 𝗠𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗦𝗲𝘁𝗶𝘁𝗶𝗸, 𝗗𝗶 𝗟𝗮𝘂𝘁 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶𝗽𝘂𝗻 𝗧𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗧𝗶𝗺𝗯𝘂𝗹.
𝗞𝗲𝗹𝗶𝗺𝗮: 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗿𝗯𝗮𝘂 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿, 𝗛𝗮𝗯𝗶𝘀 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗽𝗮𝗹𝗶𝘁.
Turut diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2023 kepada warga KAGAT. Majlis diakhiri dengan jamuan makan. Semoga Perbarisan yang diadakan ini menunjukkan kesatuan dan semangat jitu warga KAGAT disamping penerimaan anugerah adalah merupakan satu pengiktirafan kepada mereka yang bekerja keras melaksanakan tugas demi Kor tercinta disamping memberi motivasi kepada yang lain untuk terus bekerja dengan sebaik mungkin.
KUALA LUMPUR, 6 Julai 2024 - Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), YBhg Datin Rahmah binti Ghazali hari ini berkesempatan meluangkan masa bersama barisan AJK dan ahli BAKAT KAGAT menghadiri Ceramah Fiqh Wanita bertempat di Dewan Salahudin Al-Ayubi, Masjid Khalid bin Al-Walid KEMENTAH (MKWK).
Baca selanjutnya: Ceramah Fiqh Wanita BAKAT KAGAT Tahun 2024